Friday, April 18, 2014

TUGASAN 1 (BAHAGIAN 2)

PICK-A-SOMETHING (On The Ground)


f/5.6|1/100s|ISO 100 (Nikon D3000@20mm)



  • Bagi gambar ini, saya menggunakan aperture f/5.6 untuk memfokuskan (nampak sharp) kepada subjek yang diinginkan iaitu daun kering dan menghasilkan latar belakang yang lebih kabur (blur).
  • Untuk ISO pula, saya memilih untuk mengunakan ISO 100 bagi mendapatkan hasil gambar yang jelas. Hal ini kerana, keadaan cuaca agak cerah dan pemilihan ISO 100 ini sesuai bagi mengurangkan kepekaan cahaya dari persekitaran. 
  • Selain itu, pemilihan ISO ini bagi mengelakkan daripada hasil gambar daripada over-exposed dan menyebabkan gambar menjadi sangat terang.

 f/9|1/30s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)

  • Untuk gambar ini, saya menggunakan aperture f/9 bagi memfokuskan kepada bunga dan kabur di bahagian latar belakang.
  • Titik fokus bagi depth of field adalah pada bahagian bawah kiri gambar dimana subjek pilihan iaitu bunga nampak sangat jelas berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Dari segi ISO, saya menggunakan ISO 100 bagi menyesuaikan keadaan pencahayaan yang terang (keadaan cuaca agak cerah).
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed.
  • Teknik komposisi yang digunakan ialah Rule of Thirds.


f/10|1/50s|ISO 100 (Nikon D3000@20mm)

  • Saya menggunakan aperture f/10 bagi memfokuskan kepada bunga yang berada di tengah-tengah atas rumput dan kabur di bahagian belakang serta depan bunga. 
  • Depth of field adalah pada bahagian tengah gambar dimana subjek pilihan iaitu bunga kelihatan lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan yang agak terang.


 f/9|1/50s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)

  • Bagi gambar di atas, saya menggunakan aperture f/9 untuk memfokuskan kepada itik dan kabur di bahagian latar belakang. 
  • Depth of field adalah pada bahagian kanan bawah gambar itik kelihatan lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan yang agak terang.
  • Teknik komposisi yang digunakan ialah Rule of Thirds.


 f/10|1/10s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

  • Saya menggunakan aperture f/10 untuk memberi fokus kepada batu yang berwarna putih yang berada di tengah-tengah gambar dan kabur di bahagian belakang.
  • Depth of field adalah pada bahagian tengah gambar dimana subjek pilihan iaitu batu putih yang nampak lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 200 digunakan bagi mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan sekitar.
  • Walaubagaimanapun ISO 100 tidak dipilih kerana akan menghasilkan gambar yang under-exposed. Subjek diambil pada pencahayaan yang agak redup dam berbumbung.


f/10|1/5s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

  • Bagi gambar ini, saya menggunakan aperture f10 untuk mendapatkan kesan gambar yang menonjol bagi pasu dan bahagian depan (batu) nampak lebih blur.
  • ISO yang digunakan adalah ISO 200 bagi menghasilkan kejelasan gambar yang optimum. 
  • Teknik komposisi yang diterapkan ialah Simplicity dimana latar belakang gambar tidak rumit dan  hanya dinding yang berwarna jingga serta batu yang berwarna putih. Pasu kelihatan lebih menonjol kerana berwarna gelap manakala subjek lain dalam gambar berwarna cerah.

No comments:

Post a Comment