Thursday, April 17, 2014

TUGASAN 1 (BAHAGIAN 1)

GET CREATIVE WITH SHUTTER SPEED AND APERTURE

1) Aperture Priority

  • Gambar-gambar ini diambil menggunakan mod Aperture Priority dimana ISO ditetapkan kepada 200 kerana gambar diambil di kawasan luar bilik.
  • ISO 100 atau 200 adalah sesuai untuk aktiviti mengambil gambar di luar bilik pencahayaan di luar adalah lebih terang berbanding dalam bilik.
  • Keempat-empat gambar ini diambil pada sudut rendah (low angle atau worms eye view) yang memberikan kesan objek nampak besar.
  • Aperture atau f-stop merupakan keluasan pembukaan pengatup bagi membenarkan penerimaan cahaya daripada persekitaran.


f/9|1/10s| ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

Gambar ini menggunakan aperture f/9 dan memfokuskan kepada bangunan di belakang pasu pada bahagian tengah gambar.

f/5|1/25s|ISO 200 (nikon D3000@34mm)

  • Saya menggunakan aperture f/5 bagi menggambil gambar ini.
  • Gambar ini  memfokuskan kepada pasu pada bahagian sudut kiri atas gambar dan bahagian batu dikaburkan.
  • Fokus terhadap pasu ini menerapkan komposisi asas Rule of Thirds.

f/6.3|1/15s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

f/10|1/8s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

2) ISO

  • Untuk keempat-empat gambar berikut, mod manual dipilih untuk mengambil gambar.
  • Saya menetapkan aperture f/6.3 bagi menonjolkan lagi bunga dan menghasilkan latar belakang yang lebih blur.
  • Dari segi kelajuan shutter, saya menetapkan 1/160s bagi kesemua gambar.
  • Semakin kecil nilai ISO, semakin kurang kepekaan untuk menerima cahaya daripada sekeliling seperti gambar di bawah bagi f/6.3|1/160s|ISO 100 (Nikon D3100@20mm). Maka gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih gelap (under exposed).
  • Bagi nilai ISO yang semakin tinggi, maka semakin peka penerimaan cahaya yang mana akan menyebabkan gambar terlebih terang (over exposed) dan menghasilkan noise seperti f/6.3|1/160s|ISO 1600 (Nikon D3100@20mm).
  • Pemilihan ISO yang betul adalah bergantung kepada pencahayaan sekeliling. Semakin terang keadaan sekitar, maka ISO perlu semakin kecil dan sebaliknya, jika semakin kurang pencahayaan maka ISO perlulah semakin besar bagi meningkatkat kepekaan kamera untuk menerima cahaya.
  • Berikut merupakan perbandingan gambar-gambar dengan ISO yang berbeza.


f/6.3|1/160s|ISO 100 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 200 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 400 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 800 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 1600 (Nikon D3100@20mm)


3) Shutter Speed Priority


  • Shutter speed merujuk kepada kelajuan bukaan dan tutupan pengatup (dalam saat atau pecahan saat: 1s, 1/5s, ..., 1/125s, 1/2500s,... etc).
  • Shutter speed yang tinggi menyebabkan pendedahan pencahayaan kurang barban
  • Kelajuan pengatup mempengaruhi hasil gambar yang diambil terutama sekiranya subjek yang diambil mempunyai unsur pergerakan.
  • Semakin tinggi kelajuan shutter, maka pergerakan pada gambar seolah-olah "dibekukan". Sebagai contoh pada gambar f/5.6|1/400s|ISO 800 (Nikon D3000@50mm) yang menggunakan shutter speed 1/400s, dimana titisan demi titisan air dapat dilihat dengan lebih jelas.
  • Berlawanan pula dengan kelajuan shutter yang lebih perlahan, kesan pada gambar titisan air namapak lebih halus (smooth) alirannya f/29|1/6s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm).
  • Secara ringkas, semakin rendah kelajuan shutter (nombor semakin kecil) maka semakin halus pergerakan subjek yang diambil.
  • Berikut merupakan perbandingan gambar-gambar yang diambil menggunakan shutter speed yang berbeza.

f/5.6|1/400s|ISO 800 (Nikon D3000@50mm)

f/14|1/25s|ISO 1600 (Nikon D3000@48mm)

f/9|1/50s|ISO 1600 (Nikon D3000@48mm)

f/29|1/6s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm)

f/9|1/80s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm)

No comments:

Post a Comment