Friday, April 18, 2014

TUGASAN 2 (BAHAGIAN 2)

ANGLE & INTERPRETATIONS

1) Objek 1 (Batu)



f/4|1/50s|ISO 800 (Nikon D3100@22mm)


f/4|1/50s|ISO 800 (Nikon D3100@22mm)


f/3.8|1/50s|ISO 800 (Nikon D3100@22mm)


f/3.8|1/50s|ISO 800 (Nikon D3100@22mm)

2) Objek 2 (Congkak)



f/7.1|1/15s|ISO 400 (Nikon D3100@22mm)


f/3.8|1/50s|ISO 400 (Nikon D3100@22mm)


f/4.5|1/25s|ISO 400 (Nikon D3100@22mm)


f/4.5|1/30s|ISO 400 (Nikon D3100@22mm)

Soalan (Bahagian 1 & 2, Tugasan 2):

Bahagian tugasan yang manakah paling sukar untuk dijelaskan dalam gambar anda?

Pada pandangan saya, bahagian paling sukar ada komposisi Frame. Komposisi frame sukar untuk dihasilkan terutamanya untuk menentukan frame dan subjek yang sesuai untuk menarik perhatian penonton.Teknik framing ini perlu memenuhi syarat depth of fieldwhite space, serta pemilihan warna dan pencahayaan yang sesuai. Hal ini bagi menghasilkan gambar yang dapat memberikan fokus yang lebih terhadap subjek. Oleh itu, agak terhad untuk mendapatkan gambar yang memenuhi kompisisi frame ditambah dengan tahap kemahiran saya sebagai jurufoto belum mahir.

Apakah gambar terbaik yang anda rasakan di dalam gambar-gambar anda?

Pada pendapat say, gambar tiang lampu yang menerapkan komposisi simplicity ia sangat memenuhi syarat. Latar belakang gambar ini tidak rumit iaitu langit yang tidak berawan dan fokus dalam gambar ini tertumpu dengan jelas iaitu lampu.

f/4.2|1/50s|ISO 100 (Nikon D3000@26mm)

Bagaimana tugasan ini merubah tanggapan anda untuk mengambil gambar?

Tugasan ini telah merubah pandangan saya dari segi bagaimana penceritaan boleh berlaku melalui gambar. Selain itu, gambar yang kreatif tidak semestinya mempunyai subjek yang banyak dan crowded. Pembelajaran teknik komposisi (balance, line, rule of thirds, frame dan simplicity) dan menentukan exposure yang betul sangat mempengaruhi dalam menghasilkan gambar yang cantik dan mempunyai penceritaan. Tambahan, tugasan ini merubah perspektif saya tentang penceritaan melalui gambar. Keunikan sesebuah gambar disampaikan melalui penceritaan dan dikukuhkan oleh pemilihan teknik komposisi dan exposure yang betul.

Pandangan lain sepanjang proses dijalankan.

Kelas penerbitan teknologi visual ini telah memberikan pendedahkan tentang kaedah dalam menghasilkan gambar yang kreatif dan unik. Selepas proses mengambil gambar, saya mendapati terdapat 2 perkara yang mempengaruhi dalam menghasilkan gambar yang unik iaitu pemilihan exposure yang betul dan teknik komposisi asas fotografi yang sesuai. Pendedahan ilmu exposure yang perlu diambilkira dalam fotografi iaitu ISO, shutter speed dan aperture dimana ketiga-tiga elemen ini mempengaruhi dalam menghasilkan gambar yang cantik. Manakala untuk menghasilkan gambar yang mempunyai penceritaan yang bermakna pula,teknik komposisi seperti balance, line, rule of thirds, frame dan simplicity diterapkan. Menerapkan kedua teknik komposisi dan exposure yang betul akan membantu pelajar untuk menghasilkan gambar yang unik.

TUGASAN 2 (BAHAGIAN 1)

KOMPOSISI ASAS

1) Simplicity

f/6.3|1/1250s|ISO 1600 (Nikon D3000@22mm)


f/10|1/5s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)


f/4.2|1/50s|ISO 100 (Nikon 3000@26mm)

2) Rule of Thirds

f/9|1/30s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)


f/3.8|1/2000s|ISO 200 (Nikon D3000@20mm)

3) Line

f/9|1/25s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)


f/8|1/60s|ISO 100 (Nikon D3000@26mm)

f/10|1/160s|ISO 200 (Nikon D3100@20mm)
(gambar ini menunjukkan garis lengkung "S" jalan")

4) Balance

f/3.8|1/2500s|ISO 100 (Nikon D3100@22mm)

  • Gambar yang diambil menunjukkan komposisi balance melalui pemberat (weight)yang seimbang antara awan (pada sebelah kanan) dan juga tiang lampu (sebelah kiri).


f/5|1/125s|ISO 100 (Nikon D3100@20mm)

  • Gambar ini menerapkan kompisis seimbang dengan posisi pemberat subjek batu pada kiri, kanan, dan depan gambar.



5) Framing

f/7.1|1/800s|ISO 400 (Nikon D3100@20mm)


f/7.1|1/1000s|ISO 200 (Nikon D3100@20mm)





TUGASAN 1 (BAHAGIAN 2)

PICK-A-SOMETHING (On The Ground)


f/5.6|1/100s|ISO 100 (Nikon D3000@20mm)



  • Bagi gambar ini, saya menggunakan aperture f/5.6 untuk memfokuskan (nampak sharp) kepada subjek yang diinginkan iaitu daun kering dan menghasilkan latar belakang yang lebih kabur (blur).
  • Untuk ISO pula, saya memilih untuk mengunakan ISO 100 bagi mendapatkan hasil gambar yang jelas. Hal ini kerana, keadaan cuaca agak cerah dan pemilihan ISO 100 ini sesuai bagi mengurangkan kepekaan cahaya dari persekitaran. 
  • Selain itu, pemilihan ISO ini bagi mengelakkan daripada hasil gambar daripada over-exposed dan menyebabkan gambar menjadi sangat terang.

 f/9|1/30s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)

  • Untuk gambar ini, saya menggunakan aperture f/9 bagi memfokuskan kepada bunga dan kabur di bahagian latar belakang.
  • Titik fokus bagi depth of field adalah pada bahagian bawah kiri gambar dimana subjek pilihan iaitu bunga nampak sangat jelas berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Dari segi ISO, saya menggunakan ISO 100 bagi menyesuaikan keadaan pencahayaan yang terang (keadaan cuaca agak cerah).
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed.
  • Teknik komposisi yang digunakan ialah Rule of Thirds.


f/10|1/50s|ISO 100 (Nikon D3000@20mm)

  • Saya menggunakan aperture f/10 bagi memfokuskan kepada bunga yang berada di tengah-tengah atas rumput dan kabur di bahagian belakang serta depan bunga. 
  • Depth of field adalah pada bahagian tengah gambar dimana subjek pilihan iaitu bunga kelihatan lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan yang agak terang.


 f/9|1/50s|ISO 100 (Nikon D3000@55mm)

  • Bagi gambar di atas, saya menggunakan aperture f/9 untuk memfokuskan kepada itik dan kabur di bahagian latar belakang. 
  • Depth of field adalah pada bahagian kanan bawah gambar itik kelihatan lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 100 adalah untuk mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan yang agak terang.
  • Teknik komposisi yang digunakan ialah Rule of Thirds.


 f/10|1/10s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

  • Saya menggunakan aperture f/10 untuk memberi fokus kepada batu yang berwarna putih yang berada di tengah-tengah gambar dan kabur di bahagian belakang.
  • Depth of field adalah pada bahagian tengah gambar dimana subjek pilihan iaitu batu putih yang nampak lebih sharp berbanding kawasan lain pada gambar.
  • Selain itu, pemilihan ISO 200 digunakan bagi mendapatkan hasil gambar yang jelas dan tidak over-exposed dan menyesuaikan keadaan pencahayaan sekitar.
  • Walaubagaimanapun ISO 100 tidak dipilih kerana akan menghasilkan gambar yang under-exposed. Subjek diambil pada pencahayaan yang agak redup dam berbumbung.


f/10|1/5s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

  • Bagi gambar ini, saya menggunakan aperture f10 untuk mendapatkan kesan gambar yang menonjol bagi pasu dan bahagian depan (batu) nampak lebih blur.
  • ISO yang digunakan adalah ISO 200 bagi menghasilkan kejelasan gambar yang optimum. 
  • Teknik komposisi yang diterapkan ialah Simplicity dimana latar belakang gambar tidak rumit dan  hanya dinding yang berwarna jingga serta batu yang berwarna putih. Pasu kelihatan lebih menonjol kerana berwarna gelap manakala subjek lain dalam gambar berwarna cerah.

Thursday, April 17, 2014

TUGASAN 1 (BAHAGIAN 1)

GET CREATIVE WITH SHUTTER SPEED AND APERTURE

1) Aperture Priority

  • Gambar-gambar ini diambil menggunakan mod Aperture Priority dimana ISO ditetapkan kepada 200 kerana gambar diambil di kawasan luar bilik.
  • ISO 100 atau 200 adalah sesuai untuk aktiviti mengambil gambar di luar bilik pencahayaan di luar adalah lebih terang berbanding dalam bilik.
  • Keempat-empat gambar ini diambil pada sudut rendah (low angle atau worms eye view) yang memberikan kesan objek nampak besar.
  • Aperture atau f-stop merupakan keluasan pembukaan pengatup bagi membenarkan penerimaan cahaya daripada persekitaran.


f/9|1/10s| ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

Gambar ini menggunakan aperture f/9 dan memfokuskan kepada bangunan di belakang pasu pada bahagian tengah gambar.

f/5|1/25s|ISO 200 (nikon D3000@34mm)

  • Saya menggunakan aperture f/5 bagi menggambil gambar ini.
  • Gambar ini  memfokuskan kepada pasu pada bahagian sudut kiri atas gambar dan bahagian batu dikaburkan.
  • Fokus terhadap pasu ini menerapkan komposisi asas Rule of Thirds.

f/6.3|1/15s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

f/10|1/8s|ISO 200 (Nikon D3000@34mm)

2) ISO

  • Untuk keempat-empat gambar berikut, mod manual dipilih untuk mengambil gambar.
  • Saya menetapkan aperture f/6.3 bagi menonjolkan lagi bunga dan menghasilkan latar belakang yang lebih blur.
  • Dari segi kelajuan shutter, saya menetapkan 1/160s bagi kesemua gambar.
  • Semakin kecil nilai ISO, semakin kurang kepekaan untuk menerima cahaya daripada sekeliling seperti gambar di bawah bagi f/6.3|1/160s|ISO 100 (Nikon D3100@20mm). Maka gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih gelap (under exposed).
  • Bagi nilai ISO yang semakin tinggi, maka semakin peka penerimaan cahaya yang mana akan menyebabkan gambar terlebih terang (over exposed) dan menghasilkan noise seperti f/6.3|1/160s|ISO 1600 (Nikon D3100@20mm).
  • Pemilihan ISO yang betul adalah bergantung kepada pencahayaan sekeliling. Semakin terang keadaan sekitar, maka ISO perlu semakin kecil dan sebaliknya, jika semakin kurang pencahayaan maka ISO perlulah semakin besar bagi meningkatkat kepekaan kamera untuk menerima cahaya.
  • Berikut merupakan perbandingan gambar-gambar dengan ISO yang berbeza.


f/6.3|1/160s|ISO 100 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 200 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 400 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 800 (Nikon D3100@20mm)

f/6.3|1/160s|ISO 1600 (Nikon D3100@20mm)


3) Shutter Speed Priority


  • Shutter speed merujuk kepada kelajuan bukaan dan tutupan pengatup (dalam saat atau pecahan saat: 1s, 1/5s, ..., 1/125s, 1/2500s,... etc).
  • Shutter speed yang tinggi menyebabkan pendedahan pencahayaan kurang barban
  • Kelajuan pengatup mempengaruhi hasil gambar yang diambil terutama sekiranya subjek yang diambil mempunyai unsur pergerakan.
  • Semakin tinggi kelajuan shutter, maka pergerakan pada gambar seolah-olah "dibekukan". Sebagai contoh pada gambar f/5.6|1/400s|ISO 800 (Nikon D3000@50mm) yang menggunakan shutter speed 1/400s, dimana titisan demi titisan air dapat dilihat dengan lebih jelas.
  • Berlawanan pula dengan kelajuan shutter yang lebih perlahan, kesan pada gambar titisan air namapak lebih halus (smooth) alirannya f/29|1/6s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm).
  • Secara ringkas, semakin rendah kelajuan shutter (nombor semakin kecil) maka semakin halus pergerakan subjek yang diambil.
  • Berikut merupakan perbandingan gambar-gambar yang diambil menggunakan shutter speed yang berbeza.

f/5.6|1/400s|ISO 800 (Nikon D3000@50mm)

f/14|1/25s|ISO 1600 (Nikon D3000@48mm)

f/9|1/50s|ISO 1600 (Nikon D3000@48mm)

f/29|1/6s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm)

f/9|1/80s|ISO 400 (Nikon D3000@52mm)